SELAMAT DATANG DI WEBSITE KUA MARISA_____NIKAH DI KUA PADA JAM KERJA GRATIS_____DI LUAR KUA Rp. 600.000,-____DISETOR SENDIRI LANGSUNG KE BANK____PASTIKAN PERNIKAHAN ANDA TERDAFTAR DI KANTOR URUSAN AGAMA TERDEKAT/SETEMPAT
Faktor Penyebab PerkahlVinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara FAKTOR PENYEBAB PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN DI LUAR NEGARA: SATU KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH MUAR 
Amir Husin Md Nor' Siti Safwati Binti Mohd Shari .... 
Abstract The objective of the article is to examine and determine the reasons behind the action taken by the couple to contract their marriage outside Malaysia. The research is conducted at the Syariah Court of Muar which focused on the cases filed in 2003. The result shows that there are three main factors contributed to this alarming phenomenon namely; the family, nationality and legal factors. 
PENDAHULUAN Manusia adalah makhluk yang lebih dimuliakan dan diutamakan oleh Allah S.W.t dibandingkan dengan makhluk-makhluk lainnya. Allah S.W.t telah menetapkan adanya aturan tentang perkahwinan bagi manusia dengan aturan-aturan yang tidak boleh dilanggar dan manusia tidak boleh berbuat semahunya seperti mana makhluk-makhluk Allah S.W.t yang lain. AI-Quran dan hadis-hadis RasulNya secara jelas telah menggariskan hukum-hakam berkaitan dengan perkahwinan umpamanya, mengenai peminangan sebagai pendahuluan perkahwinan, mahar atau mas kahwin, upacara akad nikah, kerukunan dalam berumah tangga, perceraian, ruj uk, idah, mutaah dan sebagainya. Di Malaysia, urusan pernikahan merupakan sebahagian daripada urusan agama yang termasuk di dalam bidang kuasa negeri-negeri. la adalah antara perkara-perkara yang Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia .• Pegawai di Mahkamah Syariah Muar Johor 145 Jurnai Syariah. 14:2 [2006} 145-161 diletakkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Senarai 2 Perlembagaan Negeri I Melalui peruntukan ini, setiap negeri dalam Malaysia mentadbirkan urusan agama mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan setiap negeri melaksanakannya berdasarkan kemampuan, pengetahuan, pengalaman dan kedudukan kewangan mereka. Walaupun ada usaha-usaha ke arah penyelarasan dan penyeragaman undang-undang berkaitan agama Islam di Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas arahan Perdana Menteri, ia masih belum lagi diwartakan dan dilaksanakan sepenuhnya atas alasan-alasan teknikal dan pengubahsuaian draf undang-undang bagi kesesuaian pemakaiannya di negeri-negeri.2 Oi Negeri Johor, urusan pernikahan di kalangan umat Islam telah termaktub di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor 1990. Melalui enakmen ini, sesuatu pernikahan itu tidak boleh didaftarkan dan diterima pakai melainkan mestilah mengikut kehendak peruntukkan-peruntukkan enakmen tersebut. Ini dijelaskan sebagaimana Seksyen 12 (1) yang menyebut: Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan syarat bahawa sesuatu perkahwinan yang diakad secara berlawanan dengan Bahagian ini tetapi sah mengikut syarat-syarat hukum syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah mahkamah tertakluk kepada seksyen 39 (2)'.3 Kesan perundangan ini membolehkan setiap ahli dalam keluarga itu yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan kaum kerabat yang terlibat mendapat hak masing-masing daripada pernikahan tersebut. Selain daripada itu, dengan perkahwinan yang diiktiraf ini membolehkan semua anggota keluarga mengambil tanggungjawab dalam memastikan kebahagiaan dan keharmonian dalam hidup berumah tangga. Oari segi perlaksanaan enakmen tersebut , Jabatan Agama Johor dipertanggungjawabkan mentadbir, mengatur, mengawal dan memperkukuhkan semua urusan berkaitan pernikahan umat Islam di negeri Johor. Ouli Yang Maha Mulia (OYMM) Sultan Johor yang merupakan Ketua Agama di Negeri Johor kemudiannya telah melantik dan mentauliahkan Kadi Besar, Kadi-kadi dan jurunikah untuk menjalankan urusan nikah kahwin ini seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Enakmen Prof. Madya Dr. Abdul Samat Musa & Zuliza Kusrin (2002), Undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian larak lauh UKM, h. 237 Berita Harian, 151anuari 2003. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembi Ian 1990. 146 Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Ke benaran DI Luar Negara Undang-Undang Keluarga Islam 1990.4 la kemudiannya dilaksanakan di lapan buah daerah mengikut bidang kuasa yang te lah ditentukan. Berdasarkan enakmen tersebut, sesuatu pernikahan itu boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu: 1- Pernikahan itu di dalam daerah 11- Pernikahan di luar daerah atau di luar negeri Johor 111- Pernikahan di 1uar negara Malaysia 
PERNIKAHAN DI DALAM DAERAH Mana-mana orang yang tinggal atau bermastautin di sesuatu tempat di dalam negeri Johor boleh melangsungkan akad nikahnya di tempat mastautinnya berdasarkan enakmen ini sebagaimana dalam seksyen 20 (30) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990.5 Perkara yang menjadi rujukan tentang taraf mastautinnya ialah kad pengenalan. Jika alamat dalam kad pengenalan adalah dalam negeri Johor, beliau disifatkan sebagai telah bermastautin di negeri Johor. Jika alamat dalam kad pengenalannya bukan alamat dalam negeri Johor, pemohon boleh mengemukakan surat beranak sebagai dokumen pengesahan atau surat pengesahan mastautin oleh Penghulu atau Ketua Kampllng.6 Mengikut Prosedur Kualiti MS ISO 9002 (2002) Jabatan Agama Johor, proses pernikahan ini bermula dengan pemohon dikehendaki membeli borang nikah (Borang 1 bagi lelaki dan borang 2 bagi perempuan). Selepas melengkapkan butiran-butiran dalam borang tersebut, pemohon dikehendaki menyertakan surat pengesahan status diri sama ada bujang, anak dara, duda, janda atau balu yang boleh diperoleh daripada Penghulu, Ketua Kampung atau majikannya.7 Selain daripada itu, pemohon perlu menyertakan sij il Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI), dan surat pengesahan bebas HIV daripada Klinik Kesihatan terdekat. Selepas disemak olehjurllnikah kawasan atau mllkimnya, pemohon akan ditapis sekali lagi oleh pegawai bertugas di daerahnya. Jika permohonan telah lengkap dan pemohon lulus dalam tapisan-tapisan di atas, kellilusan lIntlik bernikah akan dikeluarkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah (dahulunya dipanggil Kadi). Setelah majlis akad nikah, dalam tempoh 30 hari sijil nikah akan dikeluarkan sebagai tanda pernikahan tersebut Ibid. Ibid. Prosedur Kualiti MS ISO 9002 (2002) labatan Agama lohor Ibid. 147 Jurnal Syariah. 14:2 [2006J 1-15-1 61 telah didaftarkan di negeri Johor dan boleh diguna pakai untuk semua urusan rasmi pasangan tersebut.
8 PERNlKAHAN DI LUAR DAERAH ATAU DI LUAR NEGERI JOHOR Pasangan yang tinggal berlainan daerah atau berlainan negeri ingin mengadakan akad nikah, maka merekajuga tertakluk dalam enakmen yang sama iaitu Enakmen UndangUndang Keluarga Islam 1990. Sekiranya pemohon lelaki, pemohon dikehendaki menghadiri Kursus Perkahwinan Islam, membuat pemeriksaan HIV di Klinik Kesihatan berhampiran, membeli dan melengkapkan borang permohonan nikah (borang I) dan mendapatkan surat pengesahan bujang. Setelah disemak olehjurunikah kawasan dan ditapis sekali lagi oleh pegawai bertugas di Pejabat Agama Daerah tersebut, satu kelulusan akan dikeluarkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah melalui borang 3 (Borang Kebenaran Bernikah). Dengan surat kebenaran ini, pemohon lelaki akan menghantar atau mengirimkannya kepada pihak perempuan yang tinggal berlainan daerah atau negeri dengannya. Urusan selanjutnya akan diuruskan oleh pihak isteri di Pejabat Agama tempat tinggal bakal isteri tersebut sehinggalah hari pernikahan.9 Sekiranya pemohon tersebut adalah perempuan, beliau dikehendaki mengikut Kursus Pra Perkahwinan Islam, pemeriksaan HIV, membeli serta melengkapkan borang 2 (Borang permohonan nikah bagi perempllan). Sebelum permohonannya diproses dan diluluskan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah, pemohon perempuan mesti mendapatkan surat kebenaran (Borang 3) pihak lelaki yang telah dilulllskan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah di mana pihak lelaki itll tinggal. Selepas borang permohonan itu lengkap dan disertakan dengan dokllmen-dokumen sokongan iaitu surat akuan bujang, borang pemeriksaan HIV, sijil Kurus Pra Perkahwinan Islam dan juga sllrat kebenaran pihak lelaki, permohonan beliau akan disemak olehjurunikah kawasan danjuga pegawai bertugas di PejabatAgama Daerah. Setelah itu, satu sllrat kebenaran bernikah dikeluarkan oleh pasangan tersebut akan dinikahkan di mana tempat perempuan itu lazim tinggal. Selepas majlis pernikahan dilangsungkan, pasangan terse but akan diberikan sijil nikah mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh pernikahan. lo Ibid. Ibid. 10 Ibid. 148 FaklOr Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara
 PERNIKAHAN DI LUAR NEGARA Menyedari bahawa terdapat sebilangan rakyat negeri ini yang berhasrat untuk bernikah di luar negara, suatu peraturan telah diaturkan bagi mereka mengikllt Enakmen UndangUndang Keluarga Islam 1990. Seseorang yang ingin bernikah di luar negara Malaysia sarna ada pemikahan dengan warganegara asing atau tempatan atas alasan masalah keizinan keluarga atau apajua alasan, mereka dimestikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa agama negeri sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 19 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990.11 Pemohon yang ingin bernikah di luar negara Malaysia dimestikan membuat beberapa persediaan sebelum kebenaran bernikah di luar negara dikeluarkan. Antara persediaan tersebut ialah hadir Kursus Pra Perkahwinan Islam, membuat persediaan HIV, mengemukakan surat akuan status diri (bujang, dara, duda,janda atau balu) dan juga surat kebenaran berpoligami oleh pihak Mahkamah Syariahjika berpoligami. Selepas beberapa persediaan tersebut, pemohon akan membllat permohonan melalui Pejabat Agama Daerah dimana tempat ia tinggal dengan menggunakan borang 1 (bagi lelaki) dan borang 2 (bagi perempuan). Permohonan tersebut akan disemak dan ditapis oleh jurunikah kawasannya dan kemudian oleh pegawai bertugas di Pejabat Agama Daerah. 12 Sekiranya permohonan tersebut telah lengkap dengan dokumen yang diperlukan di atas termasuk dokumen tambahan lain yang diperlukan bagi kes-kes tertentu seperti surat keterangan diri calon pasangan bagi kes pasangan warga negara asing, surat wakiilah wali bagi kes wali tidak dapat hadir ke majlis akad nikah di luar negara dan surat akuan memeluk Islamjika pasangan adalah seorang mualaf. Selepas diluluskan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah, surat kelulusan terse but perlu dirujuk kepada Kadi Besar atau jawatan sekarang dipanggil sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syarak, Jabatan Agama Johor. Selepas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syarak berpuas hati dengan segala keterangan yang ada, beliau akan mengeluarkan satu surat kebenaran untuk bernikah di luar negara yang ditujukan kepada pihak berkuasa agama negara yang dipilih oleh pasangan itu. Dengan surat kebenaran ini, barulah pihak berkuasa agama negara berkenaan akan meluluskan pernikahan an tara pasangan berkenaan dan satu sijil pernikahan akan dikeluarkan. 13 II Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990 12 Prosedur Kualiti MS ISO 9002 (2002) Negeri Johor, op.cit. 13 Ibid. 149 Jurnal Syar iah. I·C! {2{){)6] 1-15-161
 STATISTIK PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH (ISBAT NIKAH) DI LUAR NEGARA DI MAHKAMAH SYARIAH MUAR, JOHOR TAHUN 2003 Sebagaimana telah dibincangkan di atas, perkahwinan merupakan satu tuntutan agama dan merupakan fttrah semulajadi man usia. Bagi mencapai hasrat berumah tangga, ramai di kalangan umat Islam sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi memastikan hari yang bersejarah ini diadakan dengan gilang-gemilang. Lazimnya di negeri Johor, proses pernikahan itu bermula dengan majlis ' menghantar tanda ' atau maj lis pertunangan. Apabi la sampai tempoh masa yang dijanj ikan, kedua-dua pasangan tersebut akan dinikahkan oleh wali pihak perempuan dan diikuti dengan satu majlis jamuan akan diadakan sebagai tanda pengisytiharan bahawa kedua mempelai telah sah disatukan di dalam ikatan yang rasmi dan syar ' ie. Tradisi pemikahan seperti ini seharusnya dikekalkan bagi menjamin keharmonian dan permuafakatan dalam masyarakat. la adalah disebabkan proses pemikahan ini dilakukan mengikut saluran yang benar dan di lakukan secara telus serta dapat diterima oleh semua pihak termasuk kedua pasangan itu sendiri, keluarga masing-masing, masyarakat sekitar, hukum agama dan juga undang-undang di negara ini . Bagaimanapun terdapat sebilangan pasangan yang melangsungkan akad nikah dengan cara yang boleh disifatkan sebagai 'misteri '. Misteri kerana terkadang pernikahan mereka tidak diketahui oleh keluarga terdekat, jiran tetangga dan tidak ada dokumen yang sah yang menunjukkan pernikahan tersebut. Ini mungkin disebabkan pernikahan tersebut dilakukan di luar negara tanpa pengetahuan pihak berkuasa agama atau dinikahkan secara sindiket atau pernikahan yang sengaja disembunyikan bagi satusatu, tujuan dan kepentingan mereka. Nikah di luar negara dibenarkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990 tetapi dimestikan mendapat kebenaran pihak berkuasa agama terlebih dahulu. Sekiranya dilakukan tanpa kebenaran ia boleh dituduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39 enakmen di atas dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM I ,000.00 dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Bahkan jika melibatkan poligami, pasangan tersebut boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 ,000.00 dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 122 enakmen yang sama. 14 .14 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Johor 1990. ISO Faktor Penyebab PerkahlVinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara Isu pernikahan di luar negara semakin hangat pada awal tahun 2003 apabila Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan akan memudahkan lelaki berpoligami termasuk melonggarkan syarat seperti tidak memerlukan kebenaran isteri pertama bagi menyekat lelaki di negara ini pergi ke Thailand untuk berkahwin. 15 Gambaran yang diberikan dari laporan akhbar seolah-olah setiap pasangan yang bern ikah di luar negara (khususnya Thailand) adalah pernikahan poligami atau kahwin lari, sedangkan kemungkinan banyak lagi sebab-sebab lain yang mendorong pasangan tersebut bernikah di luar negara. 16 8agi negeri Johor, pernikahan di luar negara juga tidak terkecuali dari menjadi isu dalam masyarakat. Jika diperhatikan dengan teliti, 'trend' pernikahan di luar negara tanpa kebenaran ini semakin ketara dari setahun ke setahun sehingga menimbulkan kebimbangan pihak-pihak yang berwajib. Sebagai contoh, bagi daerah Muar sahaja pad a tahun 200 I terdapat 16 kes permohonan 'Isbat Nikah' (pengesahan nikah) di Mahkamah Syariah Muar, Johor. Jumlah ini tidak termasuk pasangan yang belum atau tidak mahu mendaftar pernikahan mereka pada tahun berkenaan . Jumlah ini terus meningkat lebih mendadak pad a tahun 2002 dengan 39 kes dan peningkatan terus berlaku pada tahun 2003 dengan 54 kes. Keterangan lanjut adalah sebagaimana dijelaskan dalamjadual 1.1 di bawah: Jadual 1.1: Jumlah permohonan 'Ishat Nikah' di Mahkamah Syariah Muar, Johor dari tahun 2001 hingga tahun 2003. 17 Bil. Bulan I. J anuari 2. F cbruari ------ 3. Mac 4. ;\pril 5. Mei 6. .lUll 7. .I ul ai 8. , Ocos 9. September y - Oktuhcr II. Nu\ el1lhcr 12. Di sc l1lbcr Jumlah I ; Berita Harian, 7 Januari 2003. 16 Berita Harian, 15 Januari 2003. Tahun 2001 I 2 I 1 2 3 0 3 2 1 0 0 16 17 Fail statistik Mahkamah Syariah Muar 151 Tahun 2002 Tahun 2003 0 0 I I I 5 10 4 2 6 9 7 2 5 5 5 0 8 0 7 1 1 8 5 39 54 Jurnol S)·o n o h. 1-1: 2 [2 ()() 6 ] 1-15 - 161 Isu pernikahan di luar negara ini jika tidak dipantau dan dikawaL mungkin sedikit sebanyak akan menimbulkan masalah dan kesusahan ke atas pihak-pihak berkenaan khususnya jika pernikahan itu melibatkan poligami, mengandung di luar nikah, ketidakizinan keluarga, pernikahan secara paksa, nikah sindiket atau penipuan. Selain daripada itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama memastikan semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam sentiasa memastikan semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam sentiasa mematuhi peraturan yang telah diatur untuk mereka agar kehidupan mereka lebih teratur, harmoni, gembira dan maju . 
PUNCA-PUNCA PERNlKAHAN TANPA KEBENARAN DI LUAR NEGARA BERDASARKAN STATISTIK PERMOHONAN 'ISBAT NIKAH' DI MAHKAMAH SYARIAH MUAR TAHUN 2003. Sesuatu pernikahan itu boleh dilakukan di mana-mana tempatyangdipilih oleh pasangan itu asalkan pernikahan mereka memenuhi rukun nikah dan syarat-syaratnya. Bagaimanapun bagi memastikan pernikahan itu diakui, kebenaran untuk melangsungkan pernikahan itu hendaklah diperoleh terlebih dahulu . Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran di luar negara, didapati beberapa faktor yang mendorong pasangan bernikah tanpa kebenaran di luar negara. Antaranya ialah : Faktor Keluarga Hasil kajian kes yang diperoleh kebanyakan kes pernikahan tanpa kebenaran di luar negaradikaitkan dengan alasan masalah keluarga. lni merangkumi masalah ketidakizinan keluarga sendiri seperti wali tidak bersetuju dengan calon suami, wali sengaja enggan menikahkan atas pelbagai alasan sendiri, ibu bapa atau ahli keluarga tidak merestui pernikahan tersebut disebabkan masih dalam alam pengajian, tidak sekuturunan dan pihak keluarga telah menentukan calon yang lain sebagai pasangannya. Kesan ketidakizinan keluarga in i menyebabkan pern ikahan terse but tidak dapat d i laksanakan dengan sempurna atau mengikut proses yangbiasa diamalkan . Akibatnya, pasangan tersebut mengambil jalan lain iaitu bernikah di luar negara bagi menyelesaikan permasalahan mereka. Fakta kes: Contoh pertama, Kes bil : J/MRIR/ I09/02 di antara pemohon per1ama Fared bin Maslan dan pemohon kedua Norazian binti Sapaah. Pemohon-pemohon telah bernikah di Wilayah Yala, Thailand pada 171712000 dengan menggunakan wali hakim . Keduaduanya warganegara Malaysia dan masih bujang. Alasan yang mendorong pasangan 152 Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran DI Luar Negara bernikah di Wilayah Yala Thailand ialah ke luarga perempuan telah memutuskan pertunangan setelah mengetahui bahawa pihak lelaki adalah seorang penagih dadah. Memandangkan pihak perempuan telah tinggal serumah dengan pihak lelaki maka perkara ini mendorong pasangan bertekad untuk bernikah di luar negara tanpa pengetahuan ah I i keluarga masing-masing. 18 Contoh kedua, Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-387/03 di antara pemohon pertama Suhaimi bin Md. Said dan pasangannya pemohon kedua iaitu Sharifah Ainon bt Syed Abbas .. Pasangan telah bernikah di Wilayah Songkla, Thailand pada 411 0/2002 dengan menggunakan wali hakim . Kedua-duanya warganegara Malaysia dan masih bujang. Alasan pasangan bernikah di Wilayah Songkla, Thailand ialah kerana kedua ibu bapa pihak perempuan tidak setuju dengan pilihan anaknya yang bukan dari keturunan ' Syed ' seperti mereka dan seterusnya wali beliau enggan mewalikan. Pasangan juga menyatakan bahawa mereka pernah membuat permohonan bernikah di PejabatAgama Temerloh Pahang namun permohonan mereka tidak di layan .19 Contoh ketiga ialah Kes Mal bil: 01003-010-298/03 di antara pemohon pertama Ruslin bin Yusuf dan pasangannya selaku pemohon kedua iaitu Maimunah binti Rosmin. Pasangan telah bernikah pada 22/5/2000 di Wilayah Songkla, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Kedua-duanya warganegara Malaysia dan pasangan masih bujang. Alasan yang diberikan oleh pasangan bernikah kepada mahkamah ialah kerana bernikah di Wilayah Songkla, Thailand kepada mahkamah ialah kerana ibu pihak perempuan tidak setuju dengan pilihan anaknya namun pihak bapa perempuan tidak membantah.20 Contoh keempat ialah Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-161 /04 di antara pemohon pertama luliah bt Md Taha wargallegara Malaysia dan pasangannya selaku pemohon kedua Suparman bin Sukarman seorang warganegara Indonesia. luliah bt Md Taha adalah isteri kedua Suparman bin Sukarman yang telah mempunyai isteri di Indonesia. Pasangan telah bernikah di Indonesia pada 5/4/2002 dengan menggunakan wali hakim. Alasan lu liah bt Md Taha selaku warganegara Malaysia bernikah di Indonesia kerana beliau mendapat tentangan pihak keluarganya dan ketika itu beliau masih bersekolah.21 18 Fail Kes pejabatAgama Daerah Muar Tahun 2003. 19 Fail Kes Mahkamah Syariah MuarTahun 2003 . 20 Ibid. 21 Ibid. 153 Jurnal Syariah, 14:2 [2006} 145-161 Faktor Perkahwinan Poligami Sebilangan pasangan yang bernikah di luar negara adalah disebabkan pernikahan tersebut merupakan pernikahan poligami sarna ada pihak perempuan dalam pernikahan itu menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Oleh kerana permohonan poligami di negeri Johor khususnya dan di Malaysia secara amnya dimestikan mendapat kebenaran Mahkamah Syariah, terdapat pasangan yang mengambiljalan mudah dengan melakukan pernikahan mereka di luar negeri, Alasan yang diberikan termasuklah mendapat tentangan isteri sedia ada, tidak mahu isteri sedia ada mengetahui atau mengelak dari diketahui pihak-pihak tertentu seperti majikan, kaum keluarga atau pihak berkuasa agama tempatan. Fakta kes: Contoh pertama, Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-390103 di antara pemohon pertama Mohd Shah bin Md Akib dan pemohon kedua seorang warganegara Indonesia selaku pasangannya iaitu Maikalsum bt. Abdul Latif. Ini adalah pernikahan ketiga bagi Mohd Shah bin Md Akib yang telah mempunyai dua orang isteri sedia ada yang keduaduanya warganegara Malaysia. Pasangan telah bernikah di Wilayah Narathiwat, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Alasan yang diberikan oleh pihak lelaki yang mendorong beliau bertekad untuk bernikah di Wilayah Narathiwat, Thailand ialah kerana terlalu banyak syarat-syarat yang harus dipatuhi untuk bernikah di Malaysia dengan warganegara asing ditambah lagi dengan prosedur Mahkamah yang perlu dipatuhi kerana beliau berpoligami , Beliaujuga menyatakan bahawa beliau sukar mendapatkan kebenaran atau kelulusan darijabatan tempat beliau bertugas,22 Contoh kedua, Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-274/03 di antara pemohon pertama Musannif bin Abdullah dengan pasangannya selaku pemohon kedua Nor Hayati binti Othman. Kedua-duanya warganegara Malaysia. Pasangan telah bernikah di Patani, Thailand pad a 28/6/2003 dengan menggunakan wal i hakim. Aalsan yang diberikan oleh pasangan bernikah di Wilayah Patani, Thailand ialah prosedur permohonan poligami di negeri Johor ini adalah sukar. Beliaujuga menyatakan bahawa hubungan isteri pertama dengan isteri kedua ini adalah baikY 22 Ibid. 23 Ibid. 154 Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Ke benaran Di Luar Negara Contoh ketiga ialah Kes Mal bil: 01003-010-333/03 di an tara pemohon pertama Syed Othman bin Syed Abdullah dengan pasangannya selaku pemohon kedua ialah Ema Malisa binti Bogi. Kedua-duanya warganegara Malaysia. Pasangan telah bernikah di Wilayah Songkhla, Thailand pada 3 November 2002 dengan menggunakan wali hakim. Alasan yang diberikan oleh pihak lelaki ialah kerana isteri pertamanya tidak setuju dan prosedur permohonan poligami adalah sukar sedangkan beliau amat memerlukan zuriat kerana sehingga kini beliau belum dikurniakan zuriat.24 Contoh keempat ialah Kes Mal bil: 01003-010-331 /03 di an tara pemohon pertama Ropiah binti Haron dengan pasangannya selaku pemohon kedua iaitu Madam @ Medom bin Abdul Manap. Kedua-duanya adalah warganegara Malaysia. Pasangan telah bernikah di Wilayah Narathiwat, Thailand pada 6 Ogos 2003 dengan menggunakan wali hakim. Alasan yang diberikan oleh pihak lelaki ialah beliau ada masalah dengan isteri pertama yang ingkar dengan arahan suami dan sentiasa keluar tanpa izin suami. Bagi pihak perempuan beliau tidak mendapattentangan keluarga dan memandangkan beliau seorangjanda yang telah bercerai mati dengan bekas suaminya.25 Faktor Kewarganegaraan Pada masa ini terdapat warganegara asing yang datang berkunjung ke Malaysia ataupun warganegara Malaysia ke luar negara sam a ada kerana melancong, belajar, bekerja dan menjalankan urusan perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong hubungan peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan. Hasil hubungan tersebut terdapat sebilangan mereka yang melangsungkan akad nikah di luar Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alasan seperti sedang berada di negara berkenaan dan tidak sempat balik ke Malaysia, memerIukan kos yang tinggi untuk berulang al ik dan juga d isebabkan pern ikahan dengan warganegara asing tersebut merupakan pernikahan poligami. Fakta kes: Contoh pertama ialah Kes Mal bil: 01003-010-224/03 di an tara pemohon Syed Noh bin Syed Salleh dan pasangannya Khadega Hussein binti Ahmed. Suami seorang warganegara Malaysia dan pasangannya seorang warganegara Kuwait. Pasangan telah bernikah pada 13/7/1 959 di Republik Yaman dengan berwalikan bapa. Pasangan masih bujang sebelum berkahwin. Alasan beliau bernikah di sana ialah kerana isteri 24 Ibid . 25 Ibid. 155 Jurnal Syariah, 14:2 [2006} 145-161 seorang warganegara Kuwait dan beliau sendiri telah bertugas di Kuwait melebihi 15 tahun.26 Contoh kedua ialah Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-302/03 di antara pemohon Ruknudin bin Mohamad Yahya dan pasangannya selaku pemohon kedua bernama Sajeetha Banu a/ k A. Nazimuddin. Suami seorang warganegara Malaysia dan isteri seorang warganegara India. Pasangan telah bernikah pada 21 April 1996 di India berwalikan bapa. Pasangan sebelum berkahwin adalah masih bujang. Alasan mereka bernikah di sana ialah kerana pasangan mempunyai hubungan saudara dan selain itu keluarga isteri dan keluarga suami juga masih tinggal di sana.27 Contoh ketiga ialah Kes Mal bi I: 0 I 003-0 I 0-427/03 d i an tara pemohon pertama lamaludin bin Abd. Rahman dan pasangannya selaku pemohon kedua Mariam Noor Humaira (Maria Genia Salva). Pasangan masih bujang dan mereka telah bernikah pada 4 lun 2003 di Dubai (United Arab Emirates) dengan berwalikan hakim kerana isteri adalah seorang saudara baru. Alasan suami bernikah di sana ialah kerana beliau memang bertugas di sana.28 Contoh keempat ialah Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-203/03 di antara pemohon pertama Mohd Nasir bin Ali dan pasangannya selaku pemohon kedua iaitu Intela Khartika Putri. Pemohon pertama seorang duda warganegara Malaysia dan pemohon kedua seorang janda warganegara Indonesia. Pasangan telah bernikah pada 7/1/2002 di Indonesia dengan menggunakan wali bapa. Alasan suami bernikah di Indonesia ialah kerana isteri dan keluarganya menetap di Indonesia dan beliau sendiri telah bertugas di Indonesia melebihi 10 tahun. 29 Faktor Undang-Undang Peraturan Pernikahan di negeri lohor melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990 yang antara lain bertujuan menyusun atur dan mengawal isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan hal-hal yang bersangkutan dengannya. Bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat negeri lohor yang beranggapan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan adalah sangat menyusahkan dan membebankan. Umpamanya peraturan yang mensyaratkan setiap pasangan yang hendak bernikah 26 Ibid. 27 Ibid. 28 Ibid. 29 Ibid. 156 Faklor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara membeli borang, mengisi dan melengkapkannya, menghadiri kursus pra perkahwinan, mendapatkan surat akuan bujang, surat akuan mastautin, surat pengesahan HIV, surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemegang Penduduk Tetap, menghadiri temu bual dan sebagainya yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang. Malah bagi kes-kes tertentu ia akan dirujuk ke Mahkamah Syariah dan kelulusan seperti kes wali enggan, permohonan poligami dan kes yang bersangkutan dengan perceraian. 8agi sesetengah pasangan, peraturan-peraturan ini sangat membebankan dan menjadi penghalang utama hasrat mereka untuk menjadi pasangan suami isteri . Sebagai langkah aiternatif, mereka keluar Malaysia dan bernikah di sana dengan anggapan proses pernikahan di sesetengah negara luar itu lebih mudah untuk dilakukan berbanding di dalam negara sendiri. Fakta kes: Contoh pertama ialah Kes Mal bil: 0 I 003-0 I 0-315/03 di an tara pemohon pertama Muhammad Noor Sim bin Abdullah dan pasanga;1I1ya selaku pemohon kedua iaitu Jumaria. Suami seorang saudara baru warganegara Malaysia dan isteri seorang warganegara Indonesia. Pasangan berstatus bujang sebelum perkahwinan ini. Pasangan telah bernikah pada 3 Ogos 2003 di Wilayah Narathiwat, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Alasan suami bernikah di Wilayah Narathiwat, Thailand kerana prosedur yang sukar kerana isteri seorang warganegara Indonesia yang memerlukan mereka mengambil dokumen tentang isteri di Indonesia dan ini memerlukan kos yang tinggi . Di samping itu pula suami adalah seorang saudara baru yang kurang memahami tentang keperluan untuk bernikah mengikut Islam.3D Contoh kedua pula ialah Kes Mal bil : 01003-0 10-330/03 di antara pemohon pertama Daud bin Omar dan pemohon kedua selaku pasangannya Fatimah binti Ismail. Keduaduanya adalah warganegara Malaysia. Pasangan telah bernikah pada 26 Januari 2003 di Wilayah Narathiwat, Thailand dengan menggunakan wali abang kandung. Alasan suami bernikah di Wilayah Narathiwat, Thailand kerana beliau menghadapi masalah tiada surat pengesahan cerai dengan isteri pertamanya kerana beliau tidak pernah ke Pejabat Agama Daerah untuk mendaftarkan perceraian beliau . Oleh itu untuk mengelakkan proses Mahkamah yang perlu beliau lalui untuk mendapatkan sijil cerai beliau mengambiljalan mudah dengan bernikah di Thailand.31 30 Ibid. 31 Ibid. 157 Jurnal Syariah. 14:2 [2006} 145-161 Contoh ketiga, Kes Mal bil: 01003-010·388/03 di antara pemohon pertamaAbdul Shukur Ravi bin Abdullah seorang saudara baru warganegara Malaysia dan pemohon kedua selaku pasangannya seorang warganegara Malaysia juga iaitu Zaiton binti Sulaiman. Pasangan telah bernikah pada 30 Mac 2002 di Wilayah Songkhla, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Alasan pernikahan di Wilayah Songkhla, Thailand ialah kerana bagi mengelakkan diri daripada melakukan proses permohonan poligami memandangkan beliau kini sedang dalam proses permohonan cerai dengan isteri pertamanya.32 Contoh keempat ialah Kes Mal bil : 01003-010-389/03 di antara pemohon pertama Suriah binti Embong dengan pasangannya selaku pemohon kedua Md Hussin bin Embong. Isteri seorangjanda dan suami seorang yang telah mempunyai seorang isteri. Pasangan telah bemikah pad a 18 September 1998 di Wilayah Songkhla, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Alasan beliau bemikah di Wilayah Songkhla, Thailand kerana suami tidak mendapat izin daripada isteri pertamanya dan beliau pernah mohon untuk berpoligami di Johor Bahru dan Seremban namun permohonan beliau gagal
.33 KESIMPULAN Sesuatu pemikahan itu boleh dilakukan di mana-mana tempat yang dipilih oleh pasangan asalkan pernikahan mereka memenuhi rukun nikah dan syarat-syaratnya. Bagaimanapun bagi memastikan pemikahan itu diakui, kebenaran untuk melangsungkan pernikahan hendaklah diperoleh terlebih dahulu. Hasil dapatan kajian menunjukkan pernikahan tanpa kebenaran di ILiar negara di kalangan orang Islam di negeri Johor mempunyai senario yang tersendiri dan didorong ole,h faktor-faktor tertentu iaitu faktor keluarga, faktor perkahwinan poligami, faktor kewarganegaraan dan faktor undang-undang. Sekalipun faktor-faktor di atas merupakan alas an yang ban yak didapati oleh pengkaji berkemungkinan masih banyak lagi alasan yang boleh diberikan oleh pasangan tersebut. Ini kerana hanya mereka yang tahu punca kenapa mereka bernikah di luar negara tanpa kebenaran. Dari aspek kesan pernikahan tersebutdapatan kajian memperoleh beberapa kesan iaitu dipisahkanjika pernikahan itu tidak sah, pasangan dikenakan penalti dan sukar untuk mendapat hak suami atau isteri. 32 Ibid. JJ Ibid. 158 Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Ke benaran Di Luar Negara Lantaran itu setiap pasangan yang bercadang mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan masalah, mereka sepatutnya memikirkan kesan pernikahan tersebut secara mendalam sebelum tindakan nekad tersebut diambil bagi mengurangkan masalah-masalah baru yang lain yang bakal timbul akibat pernikahan tersebut. CADANGAN Perkahwinan merupakan suatu tuntutan kepada manus ia untuk diaplikasikan dalam kehidupan demi memenuhi fitrah manusia untuk berkasih sayang dan membina keluarga bahagia. Justeru pembinaan sebuah keluarga yang berasaskan kasih sayang yang sejati perlu dilaksanakan berasaskan kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Syarak dan pelbagai prosedur yang telah ditetapkan oleh perundangan itu sendiri. Tanpa wujudnya suatu perlaksanaan yang berdasarkan kepada panduan di sudut Syarak dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh perundangan mampu menjuruskan sesuatu institusi keluarga itu ke arah perpecahan dan melemahkan kekuatan sesuatu institusi keluarga itu sendiri. Oleh itu setiap pasangan yang ingin membina sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat perlu prihatin terhadap implikasi-implikasi yang akan timbul j ika sesuatu perlaksanaan dalam perkahwinan tidak berasaskan panduan yang tepat. Hasil kajian ini telah memberikan implikasi mengenai penyataan masalah kajian iaitu apakah punca-punca yang mendorong seseorang bernikah di luar negara . Untuk mengatasi permasalahan ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk perhatian dan tindakan pihak-pihak yang berkenaan. Kerajaan Negeri Johor seharusnya merangka dasar pembangunan yang holistik dan mapan di mana dasar pembangunan semasa hendaklah seiring dengan keperluan hidup berumah tangga dan keutuhan hidup bermasyarakat. Dasar untuk menjamin kesejahteraan dan masyarakat hendaklah diteruskan dan diperkemas kini sesuai dengan cabaran globalisasi. Umpamanya dasar ' Keluarga Sakinah', 'Perpaduan Antara Kaum', 'Masyarakat Madani ' dan seumpamanya. Kerajaan Negeri Johor melalui pelbagai agensi awam di bawahnya hendaklah meningkatkan program-program yang boleh memperkukuhkan hubungan dalam keluarga serta pembentukan keluarga yang bahagia. Jabatan Agama Johor sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab khusus dalam merancang, melaksana dan mengawal perkembangan agama Islam di negeri ini. Seharusnya melaksanakan pelbagai program penerangan kepada masyarakat umum 159 Jurnal Syariah. 14:2 [2006} 145-161 tentang kesempurnaan Islam yang diterjemahkan dalam sistem pernikahan di dalam Islam yang mempunyai kesan yang baik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Pelbagai program boleh dirancang dan dilaksanakan untuk mempertingkat keharmonian rumah tangga, kepatuhan kepada undang-undangyang diamalkan danjuga perpaduan di dalam masyarakat di samping usaha-usaha pencegahan terhadap sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat. Umpamanya dengan melaksanakan program Keluarga Sakinah, Baiti Jannati, Semurni Kasih, Anak Soleh Titian Ke Syurga dan sebagainya. Selain daripada itu, usaha-usaha penerangan tentang prosedur pernikahan di dalam dan di luar negara hendaklah disebarluaskan kepada masyarakat umum umpamanya melalui khutbah-khutbah, siri-siri penerangan, kursus-kursus pra perkahwinan, kursuskursus keibubapaan, ceramah dan forum . Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak juga hendaklah diperbanyakkan seperti pamfiet, brosur, poster dan buku-buku kecil selain daripada khidmat ' tele-info' dan laman web. Tujuannya adalah untuk memastikan orang ramai mendapat maklumat yang secukupnya tentang prosedur pernikahan yang diamalkan di negeri ini . Kerajaan Negeri Johor melalui labatan Agama Johor hendaklah mengadakan rundingan dengan negara-negarajiran berhubung dengan prosedur pernikahan di negara masingmasing dengan memastikan setiap pasangan yang hendak bernikah di luar negara hendaklah mengikut peraturan di negara berkenaan dan juga negara asal mereka. Usaha-usaha memperkemaskan undang-undang serta penguatkuasaan negaranegara di bawah MABIMS (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura) seharusnya dibuat penyelarasan dan persefahaman. Dapatan kajian menyatakan proses pernikahan di dalam negara dilihat sebagai amat susah dan membebankan. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Agama Johor seharusnya mencarijalan bagi memperkemaskan prosedur pernikahan sehingga masyarakat tidak berasa terkorban dengan prosedur yang merumitkan. Sekiranya sesuatu peraturan itu dilihat sebagai perlu dan penting, penjelasan dan sebaran maklumat hendaklah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya masyarakat tidak merasa pelik dan terkejut sehingga menimbulkan suasana kacau bilau. Jabatan Imigresen pula diminta memperketat peraturan kemasukan pendatangpendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja-pekerja asing ke negara ini. Larangan bernikah di kalangan pekerja yang diberikan permit kerja di negara ini merupakan langkah pencegahan dari masalah-masalah lain yang bakal yang ditimbulkan oleh pekerja asing. Merujuk kepada surat daripada Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur rujukan IMM.BPA.22911118/1 bertarikh 19 lulai 2001 menyatakan bahawa pekerja asing yang bekerja di negara ini di larang berkahwin dengan penduduk tempatan. 160 Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang dikeluarkan kepada pekerja asing tersebut akan dibatalkan dan pekerja asing akan dihantar pulang ke negara asal. Bagaimanapun naluri manusia yang perlukan pasangan seharusnya diambil kira dengan memberikan jalan dan peraturan yang khusus dalam memenuhi keperluan peribadi mereka. Umpamanya dengan menyediakan buku peraturan khusus kepada pekerja-pekerja asing yang berhasrat untuk bemikah sarna ada pernikahan sesama mereka (warga asing) atau pernikahan dengan rakyat tempatan. Sementara itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat dalam pembentukan sebuah keluarga yang hormat menghormati dan keluarga yang bahagia. Setiap ah I i keluarga seharusnya dididik melaksanakan tugas dan peranannya bersesuaian dengan kedudukannyadalam tugas dan peranannya bersesuaian dengan kedudukannya dalam rumah tangga. Hubungan yang renggang dan kucar-kacir dalam sesebuah keluarga menyebabkan timbulnya isu wali enggan menikahkan, anak melarikan diri, ugut mengugut dalam rumah tangga dan mungkin penganiayaan dan penderaan. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu berusaha menambah keilmuan dan keimanan masing-masing di samping berusaha membentuk sifat saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan sikap saling percaya mempercayai. Oi samping itu, setiap individu yang berhasrat untuk melangsungkan akad nikah seharusnya mempelajari selok-belok peraturan pernikahan di negeri ini di samping mempelajari ilmu-ilmu berkaitan rumah tangga dan keibubapaan. la merupakan persediaan yang penting sebelum menjalinkan ikatan suami isteri dan membentuk sebuah rumah tangga bahagia. Tidak sepatutnya timbul rasa malas, merasa diri serba tahu dan kedegilan terhadap undang-undang kerana sebenarnya ia akan menyusahkan diri sendiri. Individu yang hendak bemikah di luar negara seharusnya berfikir dengan tenang dan teliti supaya rumah tangga yang akan dibina itu akan kekal selama-Iamanya dengan penuh keseronokan dan kebahagiaan. Masyarakat umumjuga boleh memainkan peranan dalam memastikan pernikahan yang dilakukan di luar negara itu dapat dikawal. Antaranya dengan memastikan semuaj iran tetangga dan sanak-saudara dikawal daripad sebarang perbuatan mungkar dan maksiat. Sebarang bentuk hubungan yang mencurigakan seharusnya dimaklumkan kepada pihak berkuasa supaya dikawal dan dicegah. Sikap 'janganjaga tepi kain orang' sepatutnya tidak berlaku dalam usaha mencegah sebarang bentuk perbuatan sum bang dan maksiat kerana bala yang disebabkan maksiat bukan terkena atas si pelaku sahaja tetapi meliputi semua masyarakat yang tinggal di tempat itu. Oleh yang demikian, sikap ambil peduli dan konsep mencegah lebih baik dari merawat seharusnya menjadi amalan di kalangan umat Islam negeri ini. 161 162

Related Posts:

0 Response to " "

Posting Komentar

Entri Populer

Arsip Blog